17 Ogos 2013 - 19:30
Ikhwanul Muslimin murtad

Pensyarah jurusan syariah Universiti al-Azhar berkata, "Hadis (Barangsiapa mengangkat senjata terhadap kami tidaklah dia dari golongan kami) dari Nabi (s.a.w) bermaksud, individu yang memegang senjata terkeluar dari Islam, dan tidak hanya terkeluar, bahkan tergolong sebagai orang murtad."

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pensyarah jurusan syariah Universiti al-Azhar, Dr. Ahmad Karimah dalam kenyataannya berkata, "Gerakan Ikhwanul Muslimin adalah kumpulan yang terkeluar dari mazhab Hanafi dan Islam."Anggota Syura Ulama Syariat Mesir ini menukilkan sebuah hadis anti rusuhan bersenjata dan menyatakan, "Hadis (Barangsiapa mengangkat senjata terhadap kami tidaklah dia dari golongan kami) dari Nabi (s.a.w) bermaksud, individu yang memegang senjata terkeluar dari Islam, dan tidak hanya terkeluar, bahkan tergolong sebagai orang murtad."Tambah beliau lagi, "Ikhwanul Muslimin dan para anggotanya hendaklah dipaksa membayar gantirugi terhadap harta benda awam yang telah mereka rosakkan."Ahmad Karimah dikatakan pernah mengkritik pendirian bekas presiden Mesir Muhammad Morsi tentang isu Syria yang disifatkannya sebagai fitnah dan pertumpahan darah.Dalam rancangan Jumlah Mufid, saluran MBC berkata,"Kenapa Morsi tidak menyeru perhimpunan dan gerakan ke arah membebaskan Masjidil Aqsa?"